4 Perkara Wajib Buat Sebelum Beli Emas Public Gold

Assamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca setia posting Nurul. Nurul doakan anda semua kaya dan berjaya, aminn. Sebelum tu, Nurul nak share 4 perkara wajib buat sebelum membeli emas public gold. Kenapa mesti emas public gold? Ini kerana, public gold antara syarikat yang dipercayai dan dah lama wujud di pasaran Malaysia. Sebelum kita membuat keputusan untuk membeli emas, sebaiknya kita kena ada ilmu untuk meningkatkan keuntungan dalam jangka masa panjang. 

 1. Jenis dan berat gold bar mengikut harga emas semasa

Kalau anda ingin membeli emas berbentuk gold bar atau emas perhiasan, pastikan harga semasa emas goldbar yang dijual mengikut kadar harga semasa emas dunia. Ini akan membantu anda menilai harga produk goldbar yang hendak dibeli berbaloi atau tidak berbanding membuat pembelian di kedai emas. Untuk mereka yang ingin membuat pembelian goldbar melalui public gold, hanya merujuk ke website public gold, akan tertera harga emas per gram mengikut harga emas semasa. Website rasmi public gold: 

https://publicgold.com.my/


2. Kira Harga Emas Per Gram

Apa itu harga emas per gram (HPG)? Harga per gram ialah jumlah RM yang kita belanjakan untuk setiap gram dari item emas yang kita beli. Contoh cara kira harga per gram untuk 1 dinar:

RM1141 / 4.25 gram = RM268.47

Jadi harga per gram untuk 1 dinar ialah RM268.47

Kenapa kena kira harga per gram? Kerana harga per gram berbeza bagi setiap item. Formulanya, lebih besar gram emas, lebih rendah harga per gram. Lebih rendah harga per gram, lebih baik dan lebih jimat untuk kita beli.  


3. Caj Gold Premium Public Gold

Anda akan dikenakan caj Gold Premium (GP) bila hendak membeli emas Public Gold. Apa itu Gold Premium (GP)?

 Caj GP ikut berat

Gold Premium (GP) = Caj one time bila nak beli/keluarkan emas fizikal dari GAP. Caj transportation ke cawangan. Rate GP ikut berat. Contoh nak keluarkan 10 gram, perlu bayar RM15 di kaunter. Hanya kalau nak beli/tebus fizikal sahaja. Kalau stay dalam GAP tak perlu bayar.

So sama seperti Harga Per Gram, lebih besar gram yang kita beli, lebih rendah caj Gold Premium per gram yang dikenakan. Saya cadangkan yang baru nak mulai menyimpan emas, beli emas 1 gram setiap bulan. Cukup bulan ke 10, dah boleh keluarkan 1 keping 10gm dan hanya tambah RM15 gold premium. Jimat dari keluarkan 10 keping 1gm goldbar dan perlu membayar gold premium sebanyak RM100 (RM10/1 gm/1 keping).


4. Spread Value Bila Jual Semula

Sebagai penyimpan emas, wajib faham yang ni. Bila nak jual emas kita, Public Gold (dan mana-mana kedai emas sekalipun) akan tolak spread value untuk cover profit.

Spread % Public Gold GAP: 8-10%
Spread % Public Gold fizikal: 6-9%

Public Gold antara syarikat yang offer spread value rendah. Ada kedai yang spreadnya sekitar 30%!


Lebih rendah % spread, lebih baik untuk kita beli.

Alhamdulillah! Saya harap dengan perkongsian di atas, akan membantu anda untuk membuat pembelian bijak asset emas dengan lebih baik dan lebih menguntungkan. Beli sikit, lama-lama jadi kaya. Konsep emas yang kita boleh pegang walau dalam simpanan ada RM100. 



Orang yang tak ada ilmu, dia takut beli emas. Sedangkan orang ada ilmu, dia takut tidak memiliki emas. Sebab dia tahu kekayaan dia lebih terjamin kalau disimpan dalam bentuk emas! Nak tahu lebih lanjut tentang public gold dan cara mendapatkan emas public gold dengan mudah, tekan link di bawah! 


https://wa.link/a38whr

















Comments

Popular posts from this blog

6 SEBAB ANDA WAJIB SIMPAN EMAS SEKARANG

5 SEBAB UTAMA KENAPA PERLU SIMPAN EMAS