6 SEBAB ANDA WAJIB SIMPAN EMAS SEKARANG

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua pembaca post Nurul hari ni. Kita sambung pula berkenaan dengan sebab kenapa nak kena simpan emas, lagi-lagi jangkaan negara akan mengalami masalah kemelesetan ekonomi tidak lama lagi. Kalau tak simpan emas mulai sekarang, berkemungkinan besar penyimpan wang kertas semata-mata akan lebih terkesan semasa kegawatan ekonomi akan datang. Nurul terangkan antara sebab mengapa perlu simpan emas mulai sekarang.


1. NILAI TERJAMIN JANGKA PANJANG







Emas adalah satu-satunya aset kewangan yang nilainya tidak akan sekali-kali menjadi kosong! Ia tidak ada tarikh luput dan tidak boleh dimusnahkan. Habuk emas pun bernilai tau, bukan kosong. Sekiranya diimbau kembali, duit penjajahan Jepun dulu dikenali sebagai Duit Pokok Pisang. Kenapa? kerana nilainya tiada selepas semalaman. Isk isk isk... memang menyedihkan. Lagi bertambah parah apabila Jepun menyerah kalah secara menyeluruh di seluruh Tanah Melayu dan Singapura pada 12 September 1945. Ini antara sebab perlunya menukar wang simpanan kepada emas, sebaiknya emas dalam bentuk bar 999. 


2. SENANG DITUKAR KEPADA TUNAI




Seperti yang sedia maklum, emas mudah dijual pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Andai kita ke luar negara sekalipun, kita boleh membawa emas dan boleh dijual di negara tersebut sekiranya kesempitan wang. 

Contohnya, 1 dinar hanyalah sekecil duit syiling 10 sen. Tetapi nilai nya adalah lebih dari RM1000.00. Tiada masalah sekiranya kita membawa 3 atau 4 dinar, bersama duit syiling yang lain sebagai dana kecemasan di luar negara.


 

3. ASET FIZIKAL MAMPU MILIK


Dengan menggunakan platform Public Gold, kita berpeluang mengumpulkan sedikit demi sedikit bermula dengan item sekecil satu gram atau RM100 minima. Ia benar-benar aset fizikal mampu milik oleh sesiapa sahaja termasuk golongan pelajar kolej dan universiti. Tiada alasan lagi untuk tidak memulakan simpanan emas. Hatta bayi baru lahir pun boleh mulakan simpanan emas, dengan hadiah pemberian orang ramai. 


4. KEKAYAAN DITANGAN KITA


Menyimpan emas hakikatnya kekayaan itu ada ditangan kita sendiri. Biar apa pun yang berlaku pada ekonomi semasa, selagi kita memiliki emas, kekayaan itu masih milik kita. Anda perlu tahu bahawa nilai emas berdiri sendiri. Nilainya dipegang kukuh oleh ketulenannya tanpa perlu jaminan kerajaan atau sesiapa pun. 


5. ASET FIZIKAL MUDAH ALIH


Aset fizikal yang paling mudah alih. Ia aset yang boleh dibawa kemana-mana. Ringan dan mudah untuk dicairkan. 


 Sebagai contoh, rumah dan tanah tidak semudahnya untuk dialih, apa lagi hendak dibawa. Kalau sekiranya kita  hendak menjual aset rumah atau tanah, proses pasti memakan masa yang lebih lama. Perbezaan yang sangat ketara berbanding emas. Jika berlaku peperangan atau pergolakan, harta rumah dan tanah sudah tiada gunanya lagi (contoh spt di Syria. Adakah anda masih nak membeli tanah atau rumah disana?Sudah tentu kita tidak mahu. 


6. TIADA SIAPA YANG TAHU


Apabila menyimpan emas, tidak ada sesiapa pun yang tahu berapa banyak emas dalam simpanan kita melainkan kalau kita sendiri yang hebahkan. Menurut Robert Kiyosaki (penulis buku 'Rich Dad, Poor Dad') emas dan perak adalah aset kewangan yang tiada rekod dalam sistem kewangan negara.


 Oleh itu tiada masalah bagi mereka yang muflis untuk kaya dengan emas.


Orang yang tak ada ilmu, dia takut beli emas. Sedangkan orang ada ilmu, dia takut tidak memiliki emas. Sebab dia tahu kekayaan dia lebih terjamin kalau disimpan dalam bentuk emas!Hubungi Nurul untuk tahu berkenaan cara simpan emas dengan public gold lebih mudah dan selamat. 


Whatsapps Nurul:https://wa.link/a38whr


Scan QR Code ini: 








Comments

Popular posts from this blog

4 Perkara Wajib Buat Sebelum Beli Emas Public Gold

5 SEBAB UTAMA KENAPA PERLU SIMPAN EMAS